
PERKHIDMATAN
- SEWA RUMAH
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi --- 0127539866
atau email --- sheiyla90@gmail.com
Sila Follow Blog Saya Untuk Mengetahui PerkembanganTerkini Tentang Sewa Beli Rumah. Terima Kasih.

Thursday, July 28, 2011
teres dua tingkat di pasir gudang

Tuesday, July 26, 2011
rumah teres setingkat di taman skudai baru skudai
flat kangkar pulai skudai pulai hampir utm
flat mutira rini skudai untuk disdewa




Wednesday, July 13, 2011
masalah property agent
>> Rumah sudah banyak bulan tak bayar bank. Notis lelong pun sudah dikeluarkan, dan owner baru nak berkira-kira untuk menjual rumahnya.
>>Owner atau ahli keluarganya menghadapi musibah penyakit kritikal - terdesak untuk menjual rumah dengan harapan dapat cash dalam jangka masa terdekat.
>>Owner mempunyai masalah perniagaan yang merosot, dan memerlukan modal tambahan ataupun memerlukan tunai bagi membayar hutang perniagaan - juga mahu cash jangka masa terdekat.
>>Owner laki-bini bercerai - dah tak nak duduk rumah tu & mahu cash yang boleh dibahagi sama rata.
>>Yang ni rumit sket - Owner jual rumah sebab rumah berpuaka/berhantu.
>> Owner jual rumah selepas pasangan suami/isteri meninggal dunia. - dah tak sanggup nak duduk rumah tu katanya, kenangan terlalu banyak.
>> Rumah yang disewakan bermasalah penyewa, seperti penyewa lewat bayar ataupun bayaran tertunggak beberapa bulan.
Yang kat atas tadi, sebab musabab owner nak jual yang tidak berapa best didengar. Sebab sebab yang best adalah di bawah:-
>> Hamdi berhajat untuk menjual rumah yang didudukinya kerana mendapat notis kenaikan pangkat bertukar tempat kerja ke Sabah.
>> Pakcik Abu sudah terlalu tua dan berhajat menjual semua aset yang dia ada termasuk 3 buah rumah teres & 4 bidang tanah, supaya boleh menikmati wang yang diperolehi nanti sementara masih ada nyawa.
>> Pn Ana ingin menjual rumah flat di pantai dalam sebagai usaha untuk membeli rumah landed di bandar baru bangi.
>> Ahmad (yang menulis) menjual rumah dan sejumlah wang yang diperolehi digunakan untuk dilaburkan kembali dengan membeli rumah yang lain, dan sebahagiannya digunakan untuk melancong & menimbus sedikit-sebanyak hutang2 yang ada.
pinjaman bank kener tolak, huh, np nie?...
Membuat pinjaman bank pada individu tertentu adalah sesuatu yang memudahkan, tetapi pada sesetengah orang membuat pinjaman dengan bank adalah satu perkara seumur hidup yang menyakitkan hati. Sudah lah banyak dokumen yang perlu disediakan, alih-alih pinjaman pula tidak dapat diluluskan… kenapa?
Saya bukanlah seorang yang arif tentang prosedur bank, cuma bergiat didalam industri hartanah membuatkan saya secara tidak langsung bercampur dengan rakan-rakan dari industri kewangan ini.
Pertama sekali, saya ingin bertanyakan kepada anda… anda tahu tak sebenarnya institusi perbankkan bukanlah dari industri hartanah? mereka adalah “alien” disini tetapi didalam masa yang sama kita sangat-sangat memerlukan mereka, kenapa?
Boleh saya katakan… institusi perbankkan hanya ingin membuat keuntungan dengan anda!
Yup! memang pun, tetapi apa boleh buat, memang lumrah hidup, memang susah kita hendak membuat simpanan, asalkan ada duit.. ada saja benda lain untuk digunakan. Jadi sampai ke tua pun kita tidak akan memiliki rumah. Dengan adanya bank sebagai wahyu anda… mungkin sudah tiba masanya anda merealisasikan impian memiliki hartanah idaman.
Berbalik pada tajuk artikel ini, kenapa bank menolak pinjaman anda? secara asasnya saya pun tak tahu. Tetapi alasan yang kerap saya terima dari bank, pemohon ini tidak berkelayakkan, liabiliti pemohon tinggi, ccris, ctos, business tak bagus, penyata bank tak selari, penyata epf, pemohon tak bayar cukai… dan macam – macam hal lagi.
Jika pinjaman anda tidak lulus dengan sebuah bank, mungkin cawangan dan bank lain dapat membiayai pemilikan rumah anda. Saya mempunyai beberapa pelanggan yang memohon pinjaman pada cawangan yang berdekatan dengan pejabatnya… Selepas seminggu seorang “officer bank” menelefon si pemohon dan mengatakan pinjaman tidak diluluskan kerana faktor laibiliti atau komitmen yang terlalu tinggi. Tetapi apabila dia pergi momohon ke cawangan bank berhampiran dengan rumahnya, permohonan itu telah diluluskan tidak sampai seminggu pun. Pada hal masih bank yang sama…. cuba fikirkan….
Jika pihak bank memberi alasan “anda punyai komitmen yang tinggi”, anda sebenarnya masih berpeluang, kerana saya dapati ada sesetengah cawangan mempunyai kouta tertentu. Pengurus-pengurus pinjaman disana mempunyai had maksima untuk meluluskan pinjaman sebelum mereka menghantar permohonan itu ke ibu pejabat untuk mendapatkan kebenaran. Walau pun begitu jangan anda berdegil, jika 2-3 bank telah “reject” permohonan anda, ini bermakna memangkomitmen anda tinggi. Cuma jika anda gagal kali pertama, tidak bermakna anda tidak dapat membiayai rumah anda, cari bank lain.
Dari maklumat yang saya terima, ada juga sesetengah bank hanya meluluskan peruntukkan tertentu pada sesuatu projek. Sebagai contoh untuk projek A bank ini memperuntukkan RM20 juta dan jika kelulusan telah lebih dari kuota bank…. mreka akan mula “reject” semua kes-kes yang datang dari perojek ini.
Tidak perlu risau… sebaliknya tanya kembali pada pegawai bank – Kenapa permohonan anda ditolak? ada cara lain untuk saya mendapatkan pembiayaan rumah saya? mungkin pegawai itu dapat memberikan beberapa cadangan kepada anda.
Apa-apa pun jangan berputusa asa, cuba tanya pada penjual hartanah anda mungkin beliau dapat membantu didalam pencarian anda ini. Kebiasaan mereka yang terlibat didalam hartanah akan memberikan anda nombor telefon pegawai bank yang boleh dipercayai dan pantas didalam kerja.
Semoga berjaya pelabur semua.
Tuesday, July 12, 2011
untuk disewa pasir gudang johor bahru
Monday, July 11, 2011
villa kristal skudai untuk dijual



rumah flat untuk disewa di johor bahru

kamasukan 1/8/2012
Saturday, July 9, 2011
bersih o bersih
TERKINI SIARAN LANGSUNG PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 9 JULAI 2011
09 JULY 2011 3:51 PM
Posted by ! Encik Nakal !
Perhimpunan haram: Penyokong Bersih rempuh trak polis
2.57 PM-Kekecohan berlaku di pam minyak Shell di Puduraya apabila para penyokong perhimpunan haram Bersih bertindak merempuh tiga trak kecil polis sebelum menuju semula ke Bangunan Maybank.
Ini memaksa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menyembur gas pemedih mata bagi mengawal keadaan tersebut.
Sementara itu, di Kompleks Beli Belah Sogo, polis mengarahkan kompleks tersebut menghentikan operasi dan menutup premis mereka bermula pukul 2.15 petang.
Ekoran itu, orang ramai dilihat mula bersurai dari pekarangan kompleks tersebut sejurus sahaja mendapat arahan polis.
Keadaan yang tegang turut menyebabkan ada pengunjung yang terpaksa berlindung di dalam kompleks berkenaan. – Utusan
Perhimpunan haram: Azeez ditahan kerana sertai Patriot
3:00 PM- Perarakan perhimpunan Patriot Pemuda UMNO dihalang oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di persimpangan Jalan Bukit Bintang-Jalan Pudu.
Keengganan ahli-ahli yang terlibat bersurai daripada perhimpunan tersebut menyebabkan FRU terpaksa menyembur gas pemedih mata.
Sementara itu, Pengerusi Kelab 1Malaysia merangkap ahli majlis tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan oleh polis kerana menyertai perhimpunan Patriot. – Utusan
Perhimpunan haram: Ambiga, Hadi, Mat Sabu, Tian Chua ditahan
3.05 PM-Penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditahan polis di KL Sentral di sini hari ini.
Mereka ditahan semasa bersama para penyokong Bersih merempuh benteng polis pukul 2.20 petang.
Turut ditahan sebelum itu, Maria Chin, Mohamad Sabu, Tian Chua, R. Sivarasa dan Ngeh Koh Ham. – Utusan

Perhimpunan haram: Khairy ditahan kerana sertai Patriot
3:14 PM-Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut ditahan kerana menyertai perhimpunan Patriot bagi membantah perhimpunan haram Bersih.
Sementara itu, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said bersama para penyokong pertubuhan haram Bersih cuma memasuki Stadium Merdeka. – Utusan
Penyokong Mula Bersurai Di Stadium Merdeka
Penyokong-penyokong Bersih 2.0 yang berhimpun di luar Stadium Merdeka sejak pukul 2.30 petang mula bersurai dari kawasan bersejarah itu di sini.
Sementara itu, sekumpulan penyokong perhimpunan haram itu dipercayai mula berhimpun di sekitar Kuala Lumpur, menurut sumber polis.
Sementara itu, polis mula membuka halangan-halangan di sekitar stadium berkenaan walaupun masih ramai berada di kawasan tersebut.
Perhimpunan di luar Stadium Merdeka itu diketuai oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Saiddan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Polis Keluar Senarai Pemimpin Yang Ditangkap
Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan senarai pemimpin-pemimpin pembangkang dan Bersih 2.0 yang ditahan.
Mereka ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (KL Sentral); Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Jalan Mahameru); Naib-naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub (KL Sentral); Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fauziah Salleh (KL Sentral) Naib Presiden PKR, Tian Chua (KL Sentral); Penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga (KL Sentral) dan Datuk Abdul Azeez Rahim (Jalan Bukit Bintang).
Nakal masukkan Video Live Streaming RTM1 kerana info@perkembangan terkini akan dikemaskini secara langsung dan dibuat liputan oleh wartawan dari tempat demontrasi
Read more: http://www.enciknakal.com/2011/07/terkini-siaran-langsung-perhimpunan.html#ixzz1RbTzqjJq
julai 9, bersih 2.0 polis tembak gas pemidih api
4.20 petang: Pihak polis dan pasukan FRU bersurai dan memohon orang ramai supaya beredar di sekitar Jalan Pudu untuk tujuan keselamatan.
4.10 petang: Keadaan di Jalan Pudu masih lagi terkawal dan pasukan FRU dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
4.00 petang: Beberapa pihak pengurusan hotel Swiss Garden mengawal pintu masuk ke hotel terbabit selepas orang ramai berlari bertempiaran kerana diarahkan polis untuk meninggalkan kawasan sekitar Jalan Pudu.
3.50 petang: Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong Bersih di sekitar Jalan Pudu.
3.30 petang: Pemuda Umno bersurai dan perarakan ke Stadium Merdeka tidak diteruskan.
3.20 petang: Helikopter polis melakukan rondaan di ruang udara bagi memantau keadaan persekitaran.
3.10 petang: Kumpulan gabungan masih berkumpul di Jalan Bukit Bintang dan enggan bersurai.
2.45 petang: Abdul Azeez ditahan oleh polis. Sebelum itu, Khairy dan Lokman ditahan polis.
2.30 petang: FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap penyokong gabungan itu.
2.15 petang: Perarakan tetap diteruskan dalam keadaan hujan.
2.10 petang: Pasukan FRU berkumpul di hadapan Am Bank, Jalan Pudu. Mereka dalam keadaan siap sedia untuk mengambil tindakan jika gabungan itu meneruskan perarakan menuju ke Stadium Merdeka.
1.45 petang: Para penyokong Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka. Reezal Merican mengingkari perintah larangan untuk memimpin Patriot di Bukit Bintang.
1.40 petang: Khairy tiba di kawasan perarakan. Abdul Azeez menyusul lima minit kemudian.
1.30 petang: Para penyokong Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka sambil menyanyikan lagi, "Inilah Barisan Kita." Ia diketuai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Pusat, Lokman Adam. Kelibat Khairy dan Abdul Azeez tidak kelihatan.
1.20 petang: Lebih 500 Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia berkumpul di hadapan BB Plaza, Jalan Bukit Bintang dan mengedarkan baju Patriot berwarna merah.
Namun kelibat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Kelab 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim masih belum kelihatan.
Mereka melaungkan slogan, "Hidup rakyat, hidup Malaysia, hancur Anwar, hancur Ambiga."
1.15 petang: Lebih 1,000 penyokong Bersih mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka.
12.50 tengah hari: Semua media elektronik dan cetak berkumpul di hadapan bangunan BB Plaza, menunggu ketibaan kedua-dua kumpulan.
12.45 tengah hari: Media dimaklumkan oleh sumber bahawa perhimpunan ditunda ke 1 petang.
12.30 tengah hari: Kelibat kedua-dua kumpulan masih belum kelihatan.
12.10 tengah hari: Kelibat ahli Pemuda Umno dan Kelab 1Malaysia masih belum kelihatan di sekitar Jalan Bukit Bintang. Orang ramai dan pelancong asing masih melalui jalan ini dan mengunjungi pusat membeli belah berhampiran.
10.30 pagi: Kedai di sekitar Jalan Bukit Bintang beroperasi seperti biasa. Hampir semua kedai dibuka pada pukul 10 pagi. Orang ramai dan pelancong asing menikmati sarapan pagi di restoran berdekatan. Keadaan masih lagi terkawal.
9.40 pagi: Media dimaklumkan oleh ahli Pemuda Umno bahawa perarakan ditangguhkan ke 12.30 tengah hari.
9.30 pagi: Pelancong asing dilihat mengunjungi kawasan membeli-belah berhampiran manakala orang ramai yang bekerja pada hari ini turut melalui kawasan ini.
9.20 pagi: Keadaan lalu lintas kelihatan lengang dan pergerakan kenderaan serta motosikal bergerak lancar.
9.00 pagi: Keadaan di sekitar kawasan Bukit Bintang kelihatan tenang dan terkawal. Kumpulan media mula membanjiri kawasan sekitarnya sementara menunggu ketibaan peserta himpunan Patriot.
Read more: http://www.enciknakal.com/2011/07/berita-terkini-bersih-20-sabtu.html#ixzz1RbQb8TgA