PERKHIDMATAN


- SEWA RUMAH
- PENJUALAN/PEMBELIAN RUMAH
- LOAN/PINJAMAN BANK RUMAH
- PEMILIKKAN RUMAH (TUKAR NAMA)

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi --- 0127539866

atau email --- sheiyla90@gmail.com

Sila Follow Blog Saya Untuk Mengetahui PerkembanganTerkini Tentang Sewa Beli Rumah. Terima Kasih.

PENYEWA :-)

FORM - SEWA/JUAL/BELI RUMAH

Name:
Email Address:
phone no
TAJUK cth(rumah untuk sewa di skudai)
house description/ butiran rumah
harga sewa ataw jual?

This form powered by Freedback

Tuesday, December 20, 2011

keputusan pmr disember 2011

 Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini.
Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.
"Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama," menurut kenyataan itu.

Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Disember.

dividen asb 2011

KIRA-KIRA 7.3 juta pemegang yang kini melanggan 95.9 bilion unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal menerima durian runtuh berikutan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pemberian dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Agihan pendapatan itu lebih tinggi daripada pembayaran 7.5 sen seunit tahun lalu, manakala bonus 1.15 sen adalah lebih rendah berbanding 1.25 sen sebelum ini.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji berkata, peruntukan bagi agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu, sementara bagi bayaran bonus pula, PNB memperuntukkan pembayaran RM628.29 juta.
“Sehingga 15 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion atau 56.9 peratus apabila pendapatan dividen hasil pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.09 bilion.

“Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion adalah hasil pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta lain-lain pendapatan,” katanya ketika mengumumkan mengumumkan pengagihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, pembayaran agihan pendapatan dan bonus ASB itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan setiap pemegang unit.
“Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB berakhir 31 Disember ini.

“Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan purata pegangan minimum bulanan pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula 2001 hingga 2011,” katanya.
Sehubungan itu, semua urus niaga ASB di Ibu Pejabat, pejabat dan ejen ASNB ditangguhkan mulai esok hingga 2 Januari tahun 2012. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB bermula 3 Januari tahun depan.

Monday, December 19, 2011

duit baucer rm200 untuk pelajar ipta.


Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.








Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

Friday, December 2, 2011

belanjawan rm 500 bantuan.

Cara Daftar Bantuan RM500 10/12/2011 Dan Syarat Kelayakkan Bantuan.


(Berita Belanjawan) Cara Daftar Bantuan RM500 10/12/2011 Dan Syarat Kelayakkan Bantuan. Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memaklumkan bahawa permohonan dan Borang Bantuan RM500 boleh dibuat bermula 10 Disember 2011 ini. Pendaftaran untuk permohonan bantuan tunai RM500 tersebut adalah selama satu bulan.

Berikut sedikit maklumat berkenaan tuntutan bantuan RM500 kepada  sesiapa yang layak untuk mendapatkan bantuan dan kebanyak soalan ini di ajukan kepada saya pada entri sebelum ini,  RM500 BANTUAN KERAJAAN BAGI ISI RUMAH BERPENDAPATAN KURANG DARI RM3000 BERMULA JANUARI 2012

Syarat Kelayakan Bantuan RM500
* Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah
* Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.
* Ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga itu turut merangkumi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan

* Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.

* Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk membuat permohonan,
Bila Tarikh Pendaftaran Dan Permohonan Untuk Borang Bantuan Rm500?
Permohonan Bantuan RM500 dan borang Bantuan RM500 boleh didapati dan dimohon pada 10 Disember 2011 ini. Tempoh pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 adalah selama satu bulan.

Dimanakah Borang Bantuan Bantuan boleh Didapati?

Borang-borang pendaftaran untuk Borang Bantuan RM500 boleh didapati secara percuma mulai tarikhtersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan.
Apakah Prosedur Permohonan Borang Bantuan RM500?

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan perlu diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan atau negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat cawangan LHDN.
Bila Tarikh Pembayaran Bantuan RM500?

Pembayaran Bantuan Rm500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Cara ringkas atau atau prosedur untuk mohon bantuan isi rumah RM500 ini adalah seperti dibawah :

1. Dapatkan borang bantuan isi rumah (Download dari web LHDN , atau berurusan terus dengan pejabat LHDN ) mulai 10 Disember 2011 ini.

2. Isi borang dan hantar ke pejabat LHDN yang berhampiran.

3. Tunggu jawapan anda sama ada permohonan itu berjaya atau tidak.

4. Wang bantuan isi rumah akan dikreditkan melalui bank terpilih mulai Januari 2012 jika berjaya.

Sumber : [araublogger]

P/s : Kepada sesiap yang sudah membaca entri ini, tolong war-warkan kepada rakan-rakan anda yang layak menerima bantuan ini...